Blogger templates

Pages - Menu

Friday 29 March 2013

Club Kisah Seram : Saka Di Rumah Lama

Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika di rumah lama saya di Woodlands. Kejadian ini berlaku tiga tahun yang lalu. Rumah saya di Woodlands dijual setelah ibu dan ayah berpisah. Kini, saya tinggal bersama ibu dan abang di rumah baru di daerah Chong Pang. Sudah sebulan saya pindah di rumah baru. Rumah saya di Woodlands sudah pun ada penghuni baru. Setelah sebulan rumah dijual, tiba-tiba saya dapat pangggilan dari penghuni baru di rumah Woodlands. Namanya Cik H. Saya pun angkat panggilan tersebut. Suaranya agak gementar kerana saya boleh mengagak dari nada suaranya. Bunyinya begini KC, “Hello... Cik Nani, ni saya Cik H yang beli rumah awak di Woodlands. Saya ingin berjumpa awak sekeluarga...” Saya pun hairan. Setahu saya semuanya sudah dilangsaikan. Saya pun tanyalah, “Kenapa eh Cik H..?” Cik H terdiam seketika. Hati saya mula tak sedap. Pasti ada sesuatu berlaku pada rumah tersebut. Lalu Cik H bersuara, “Rumah yang saya duduk tu ada benda...” Saya tersentak. Hati saya mula rasa resah. Pada malam itu juga, Cik H berjumpa saya, ibu dan abang saya. Wajah Cik H nampak tenang. Cik H mula menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah itu. “Saya nampak Cik Kak dalam bilik tidur utama dan di ruang tamu...” Saya terdiam. Saya sudah agak benda ini pasti akan mengacau penghuni baru. “Tapi itu bukan saya punya. Itu ayah saye punya, bekas suami kepada ibu saya...” Ibu hanya memandang saya. Saya pun mula ceritakan pada Cik H tentang rumah tersebut. “Itu saka ayah saya. Tapi kami tidak mengambilnya. Ibu dan ayah saya bercerai pun kerana saka itu...” Cik H terus beristighfar banyak2. “Macam ginilah Cik H, Cik H panggillah mana2 pakar yang boleh buang benda itu. Kami memang tak nak saka itu. Kami tak pernah jaga benda itu.” Cik H faham akan maksud saya. Memang saya tahu bukan mudah untuk buang saka ini. Saka yang ayah saya ambil mahukan waris. Kerana tak ada sesiapa yang mahu mewarisi saka itu, ayah saya mula dingin dan lalu menceraikan ibu saya. Berkali-kali, ayah saya merayu pada saya dan abangg supaya menjadi warisnya. Namun saya dan abang menolak sekerasnya. Buat apa saya mahu pelihara benda itu? Menyusahkan hidup saya saja. Sejak ayah saya mengambil saka itu, perangainya mula berubah. Hari2 ayah saya akan bergaduh dengan ibu saya. Dan hari2 juga saya selalu melihat ibu saya menangis atas perbuatan ayah saya. Saya sedih, kerana saka itu, ayah saya mula dingin dan bencikan ibu saya. Dan sejak ayah saya pelihara saka itu, kehidupan kami sekeluarga seperti orang asing dalam rumah itu. Ayah saya juga sudah tidak tidur sebilik dengan ibu saya. Dia hanya tidur bersendirian dalam bilik tidur utama. 
Ayah saya pula sering balik tepat 12 tengah malam. Pagi keluar, malam baru pulang seolah-olah mahu mengelak bersemuka dengan ibu saya. Pernah sekali ibu saya bertengkar kerana ayah saya pulang lewat malam. Boleh jadi huru-hara. Setiap kali ibu dan ayah saya bertengkar, wajah ayah saya akan berubah menjadi hitam. Saya pernah lihat wajahnya ketika marah. Begitu amat menakutkan. Saya tahu itu bukan ayah saya tetapi sakanya. Berapa bulan kemudian, ayah saya hilangkan diri selama dua tahun. Selama dua tahun itu, ibu saya merana. Ibulah yang membesarkan kami. Ibu selalu menangis mengenangkan nasibnya. Saya amat kecewa dengan sikap ayah saya. Kerana saka, dia sanggup tinggalkan keluarga dan ceraikan ibu saya. Dalam dua tahun itu juga, ibu saya ke mahkamah minta cerai. Dan masa dua tahun itu jugalah, kami diganggu oleh saka ayah saya. Saya perasan satu hari itu, di tangan ibu saya ada bekas lebam. Ibu saya sendiri tidak tahu di manakah datangnya lebam di tangannya. Ibu sayalah paling teruk diganggu. Kerana tak sanggup nak tinggal dalam rumah itu, kami jual rumah itu selepas ibu dan ayah saya berpisah. Saye memang dah tak sanggup berdepan dengan gangguan yang ada dalam rumah itu. Setiap hari bila balik dari kerja, hati saya jadi takut untuk balik ke rumah itu. Bila buka pintu utama saja, mesti saya ternampak kelibat seseorang menyerupai ayah saya berdiri di bilik tidur utama, walhal ayah saya dah lama tinggalkan rumah itu sebelum berpisah dengan ibu saya. Sejak ayah saya tinggalkan kami tiga beranak, ibu saya tidur bersama saya. Bilik tidur utama itu tidak ada sesiapa yang nak tidur. Siapalah yang mahu tidur tempat bekas ayah saya? Siapa2 yang datang ke rumah saya, pasti akan merasa resah. Saye perasan kawan2 saya perhatikan di bilik tidur utama ketika mereka datang rumah untuk belajar bersama saya. Tak sampai sepuluh minit, kawan saya akan minta diri untuk balik. Saye tahu sebabnya. Kawan saya pernah berkata, “Rumah kau keras eh...” Saya hanya tersenyum. Kerana mereka tahu saka itu milik ayah saya. Selepas saya ceritakan apa yang berlaku, Cik H faham apa yang telah kami sekeluarga lalui. Selepas itu, saya tak pernah dengar lagi berita dari Cik H sejak kami jumpa sebulan lalu. Alhamdulillah, bila di rumah baru di Chong Pang, kami dapat ketenangan yang kami cari selama ini. Ibu saya juga tidak mahu ingatkan apa yang telah berlaku sepanjang tiga tahun yang lalu. Pada pendengar sekelian, saya nasihatkan, jangan kita mengambil benda ini, kerana ia hanya merosakkan rumahtangga kita dan kita akan kehilangan orang yang kita sayang. Itu saja kisah saya. Terima kasih dan selamat malam!

No comments: