Blogger templates

Pages - Menu

Friday 29 March 2013

Club Kisah Seram : Pontianak Night Safari.

Saya ada cerita yang hendak dikongsi yang saya dengar dari teman saya yang pernah berkerja di Night Safari. Ianya berlaku beberapa tahun dahulu waktu Night Safari baru saja dibuka. Pada satu malam sebelum Night Safari dibuka untuk para pengunjung, biasanya pembersih-pembersih akan memulakan syif mereka dengan membersihkan tandas-tandas awam di sana. Ada seorang pembersih sedang mencuci tandas wanita pada waktu itu. Sedang dia membersihkan lantai, dia terperasan kubikel yang di hujung sekali ada orang, kerana pintunya tidak ditutup rapat. Pembersih itu nampak bayangan dari dalam kubikel itu. Dia pun sambung kerjanya kerana dia sangka ada orang menggunakannya. Tiba-tiba baru dia tersedar yang pintu utama Night Safari belum dibuka lagi dan membuat dia musykil. Pembersih itu dengan perlahan berjalan menuju ke arah kubikel itu untuk mengetahui siapa di dalam. Nak tahu tak apa yang pembersih itu nampak bila dia menghendap di celah pintu yang tidak ditutup rapat itu? Pembersih itu nampak Pontianak sedang menyangkung menghadap jamban sambil menjilat lampin kotor wanita yang mempunyai darah kotor. Pembersih itu terus menjerit dan lari keluar dari tandas itu. Teman saya memberitahu saya yang pembersih itu tidak lagi datang bertugas semenjak malam itu.


No comments: