Blogger templates

Pages - Menu

Saturday 6 April 2013

Club Kisah Seram : Bende terbang...


Seperti pada malam minggu sebelum nya , aku akan mengikuti latihan silat gayong bersama seorang lagi sahabatku ini , nama nya wan , beliau ni memang gagah , tapi cukup penakut , kalau dia ternampak lipas tengah terbang ke arah dia , jangan kata aku , segala hape yang ada di hadapan nya akan di-rempuh , macam truck kontena yang tak terkawal , oke back to the top , kebetulan pada malam itu , latihan kitorang habis lewat , dalam 12.40 a.m mcm tu , jadi pas habis semua jurus dengan buah kunci kitorang belajar, kitorang pun balik lah.

(Kejadian)

Kitorang akan berjalan kaki sejauh 100 m sebelum kitorang berpecah arah , kerana rumah aku menghala ke atas bukit , jadi laluan aku lebih kepada kawasan perumahan , memang riuh , jadi aku tak de lah serqm sangat kan , walaupun jam sudah hampir pukul 1 pagi. Manakala member ku ini rumah nye menghala ke kekampungan sikit , jadi laluan nya macam umah-umah kampung lah , dan biasa an , umah-umah kampung kan cepat " tutup pintu" kalau malam ni. Sedang Aku Syok2 berjalan sambil menyanyi-nyanyi , tiba mata aku tertangkp satu objek berwarna putih , terbang menghala ke langit , aku punya takut , tak payah cakap lah masa tu , macam nk terkencing terberak pun ada . Aku cuma memerhatikan sahaja pergerakkan objek itu ke arah langit dan menghilang , susuk objek tu persis macam manusia , walau pun dalam gelap , mata aku tetap tajam . Tetapi yang tak besh nyew , kordinat di mana aku mula-mula nampak objek tu terbang, ialah menghala ke rumah iwan ni, ape lagi , aku terus lah call iwan , call punye call... WAAARRGGHHH!!! sial ko wan , tak de caller ringtone lain ke ko nak letak , suara pompuan menjerit yang kau letak .. akhirnya dia pun menjawab lah..terus aku tnye , " wan , ko kat mana ? dah sampai rumah belum??" dengan suara yang terketar2 , dia mejawab , " faris , tolong aku faris , tolong akuuu" . Meremang bulu tengkuk aku bila dengar dia cakap mcm tu.

Aku dengan sepantas kilat terus berlari ke arah rumah wan , dengan melalui jalan yang iwan biasa gunakan untuk pulang ke rumah nya . lebih kurang 25 meter nak samapi ke rumah dia , aku ternampak macam susuk tubuh manusia terbaring di atas tnah , " hah .. iwan!" .. getus hati aku , terus aku menghampiri dia . dan mengejutkan kan dia .. tapi tiada sebarang jawapan , terus aku papah dia sampai ke ruamah dia , ibu iwan menyambut kedatangan aku dengan muka yang bimbang " Ya Allah , anak aku! " , terus aku meletakkan iwan ke ataas sofa nya , aku pun duduk seketika , last2 , dengan aku sekali terlelap atas sofa tu sebab letih yang amat2 . Tup-tup aku tersedar apabila ibu ku menelefon ku , " oit , bila ko nak balik nih ? dah pukul berapa nih??!" .. segera aku matikan fon dan lihat ke jam telefon , wah ..sudah hampir 15minit aku tidur , aku melirik mata ke tempat yang aku letakkan iowan tadi , eh?!! dah tiada , mana lak dia pergi nih ... terus sahaj aku bangun dari sofa dan menuju ke tempat aku meletakkan beg aku tadi ( info : beg aku bawak untuk isi air masak dan pakaian , tadi aku letak kat situ sebelum aku tertido) . Baru sahaja aku nak capai beg aku , tiba ada orang bersuara dari belakang , " Eh!! macam mana kamu masuk ke dalam rumah ni??" ... rupa2nya mak si iwan yang bersuara , "Eh , makcik lah yang buka kan pintu tadi , kan saya bawak iwan tadi ".. balasku . "Bawak iwan ape nye faris , iwan dah lama balik tadi , elok je dia , jap mak cik panggil kan iwan" .. lalu iwan pun datang dgn muka mengantuk nya, selepas disoal ibunya , "aik , mana ade , faris , bila masa lak aku pengsan , elok je tadi aku sampai rumah " .. ahhh sudah , aku pun tak puas hati , keluarkan telfon dari poket ku kerna ingin menunjukkan bukti bahwa aku ada telfon dia tadi , tapi..... tiada. Hanya Nombor ibu ku je yang muncul .. alamak , habis siapa yang aku papah tadi , siapa yang buka kan pintu untuk aku bawak iwan masuk tadi .....Sampai ke hari ini , masih lagi tak terjawab segala misteri tu semua , aku percaya ni sume berpunca dari benda alah putih terbang yang aku nampak tu lah.

Club Kisah Seram : Kain Putih.

Cerita ini berlaku kalau tak silap aku pada tahun 1985. Ketika itu aku masih menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi. Aku tinggal diasrama tingkat 4. Waktu itu kebanyakan pelajar balik kampung sebab hujung minggu. Maka tinggallah aku bersama rakan sebilikku. Kami tidak balik sebab sibuk menyiapkan term paper.

Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. Aming rakan sebilikku dah lama dibuai mimpi. Dia memang kurang sihat sejak dari petang tadi. Cuaca diluar agak suram dengan pancaran kilat sekali sekala menanda hujan akan turun tidak lama lagi. Meja studyku menghadap ketingkap. Suasana diluar memang gelap. Sesekali ketika kilat memancar, nampak dedahan kering diluar. Angin bertiup semakin kencang. Aku memperlahankan radio untuk tidak menganggu Aming. Siarannya pun sering terganggu apabila kilat memancar. Tiba-tiba aku tersintak apabila mendengar Aming mengerang. Dia meracau-racau. Aku tidak berapa dengar apa yang dia sebutkan. Dia nampak gelisah. Matanya tertutup rapat. Cuma badannya mengeliat-ngeliat seperti orang diikat badannya. Kakinya kejang dan tangannya mengengam penumbuk. Sekali lagi aku tersintak apabila terdengar lolongan diluar. Bulu romaku mula berdiri. Ini tak boleh jadi ni, fikir hatiku. Aku cuba mengejut Aming. Dia masih meracau. Badannya yang panas terasa keras seolah-olah dia menahan nafasnya.

Dentuman guruh diluar betul-betul membuat aku hilang semangat. Badanku terasa seram sejuk. Lolongan diluar bertambah rancak. Hujan mula turun dengan lebatnya dengan pancaran kilat dan dentuman guruh yang menggila. Aku bingkas bangun untuk menutup tingkap. Ketika itu aku ternampak sesuatu berwarna putih terawang-awang disebelah pokok besar betul-betul dihadapan tingkap. Aku tersintak dan mengucap beberapa kali. Disaat itu aku terdengar suara mengilai yang nyaring dan benda putih yang seperti kain tadi semakin menghampiri tingkap. Aku kaku dan terduduk disebelah katil Aming. Aku cuba mengejut Aming yang masih meracau-racau dalam bahasa yang aku tidak tahu. Badannya masih keras. Aku memanggil namanya beberapa kali. Tiba-tiba matanya terbeliak melihat syiling. Matanya merah. Dia tidak meracau tetapi mengerang-ngerang. Disaat yang sama aku terasa deruan angin dimukaku. Bunyi hilaian tadi memenuhi ruang bilik kami. Aku mendongak kesyiling.Dimasa itu aku terasa sangat lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang aku lihat sangat mengerikan. Kain putih tadi telah berada didalam bilik kami. Ianya seolah-olah tersangkut pada kipas syiling. Berpusing-pusing sambil mengilai.

Suaraku tersekat. Aku cuma mampu melihat. Tiba-tiba bahuku digengam Aming dengan kuatnya. Matanya yang merah masih terbeliak. Mulutnya berbuih. Aku cuba menjerit, tetapi suaraku tidak keluar. Aku mengucap didalam hati beberapa kali. Hilaian dari kain putih tadi memekak telingaku. Akhirnya aku berjaya melaungkan azan. Sungguhpun perlahan, tetapi berjaya menenangkan keadaan. Suara hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan akhirnya hilang ditelan bunyi hujan lebat diluar. Kain putih yang berlegar disyiling pun ghaib entah kemana. Gengaman Aming semakin lemah dan akhirnya tangannya terkulai. Nafas kami sesak seperti baru lepas berlari jauh. Peluh membasahi muka kami. Aming telah mula sedar. Dia memberitahu aku yang dia telah dihimpap sesuatu yang berat sehingga sukar untuk bernafas. Katanya lagi dia beberapa kali meminta tolong dariku tetapi aku seolah-olah tidak menghiraukannya. Aku tanya adakah dia melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia kebingungan. Katanya dia cuma melihat aku dimeja studyku. Aku sendiri kebingungan. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang berlaku. Jam menunjukkan hampir pukul 6:00 pagi. Sayup-sayup terdengar bacaan ayat-ayat suci dari masjid yang berdekatan. Aku bersyukur kami berdua selamat meskipun masing-masing mengalami dua kejadian yang berlainan dalam waktu yang sama.

Club Kisah Seram : Balik Kerja.

Tahun lepas , auntie aku selalu keja syif malam.. Dari pkul 5ptg smpai 1pagi.. Dia keja kt Kargo Udara (Kastam).. So , masa dia balik mlm2 tu , mcm2 la kjdian yg dia alami.. & slalu la gak crta kt aku.. Biasa la , aku ni p'dgr yg setia katakan.. 

Masa kjdian tu , syif auntie aku baru habis la kan.. Petang tu plak auntie aku parking bwh pkok coz senang sikit nk kluar.. Otw g kereta tu , auntie aku rase mcm ada yg perhatikan dia.. Tapi auntie aku ni masih leh cool g.. Tapi dalam pada cool tu , sempat gak dia capai "rosary" kt dlm handbag dia tu... Nak kata pak guard yg perhati dia , pak guard tu kt dlm ofis , tgh buat rondaan.. So , auntie aku tau la benda tu tgh perhati dia.. Lagipun pokok tmpt dia parking kereta tu agak "keras" la... Kwn2 auntie aku suma pnh kena.... Masa auntie aku parking ptg tu , dia memang x ingat psal pokok tu "keras".. Trus jer auntie aku sarung "rosary" tu kt leher dia.. Baru dia rasa tenang sikit.. Masa auntie aku dh kt dlm krta , dia buka la radio... Tapi radio tu mcm kene ganggu siaran.. Auntie aku trus ttup radio , start enjin & nk blah la dri situ.. Masa dia nk reverse tu , kan kene pandang cermin blkang , mula2 tu dia x nmpk apa2 la tpi rasa berat la krta dia.. Tapi bila dia dh x reverse g & nk drive dri situ , anak mata dia tpndang satu lembaga ni b'tenggek kt bonet krta dia.. Auntie aku ni brni gak la org nya , so dia bgtau kt bnda tu tnpa tgk bnda tu "minta maaf aku dh parking kt tmpt kau , tapi aku xprnh ganggu kau & kau jangan la ganggu aku..Aku nk balik,anak aku tgh tggu kt rumah".. Lepas je auntie aku ckp mcm tu , krta dia terus ringan mcm biasa , xde berat2 g..

Masa auntie aku crta tu , bulu roma aku meremang.. Memang meremang betul2... Tanpa segan silu lak tu..

Club Kisah Seram : Tumpang.

SAPE YANG PERNAH TINGGAL KAT DUNGUN MESTI KENAL BUKIT BAUK..BUKIT YG PENUH DGN EVIL DAN MISTERI..SEKARANG POLITEKNIK DIBINA DI SEBELAH BUKIT.. TP KIRA JAUH LA SKIT DARI POLOTEKNIK TU..NI AKU NAK CERITA TTG ADA SATU KISAH..KISAH SEORANG BUDAK MOTOR YG KONVOI LALU KAT SITU MALAM2 HARI..NI PUN AKU DGR DARI MULUT KE MULUT..

TAK DAPAT DI PASTIKAN KESAHIHAN NYA.. 
MASA TU ADA LA BEBUDAK NI BERKONVOI MOTOR BERAMAI UNTUK KE KUALA TERENGGANU..MEREKA NI MUNGKIN STUDENT2 U YG BALIK BERCUTI...MASA TU SUDAH LARUT MALAM..LALU LA DIAORG KAT JALAN BUKIT BAUK TU..ADA LA MAMAT SORANG NI..ASAL MOTOR DIA OK JE..TETIBA RASA BERAT AMAT SGT..KAWAN2 DIA DAH TINGGAL AR DIA KAT BLAKANG..TGH2 BERAT NI,MOTOR DIA PLAK TETIBA ENJIN STOP...BETUL2 DPN BUKIT BAUK..MUNGKIN DIA BKN ORG ASAL DUNGUN,JADI DIA XTAU TTG EVIL NYA KAWASAN TU..DIA PUN DUK START2 MOTOR DIA SAMPAI KEPENATAN..STILL X IDUP JUGAK..TENGAH2 START,DIA ADA TERPERASAN ADA BENDA KAT BLAKANG DIA..AMBIK KAU..SKALI ADA POMPUAN CUN DUK TUMPANG DIA..BAJU PUTIH RAMBUT PANJANG...APA LG DIA PUN TERUS MELOMPAT LARI DARI MOTOR DIA..BERLARI LA DIA SAMBIL MENJERIT2 KETAKUTAN..MUJUR TIME TU KAWAN2 DIA YG BERKONVOI TU DUK LEPAK BERENTI MINUM KAT KEDAI KAT KAMPUNG BATU 5..SAMPAI SANA DIA BGTAU LA TTG DIA KENA TU..KAWAN2 DIA SEMUA G SANA N MASA TU BENDA TU DAH XDA..YG ADA MOTOR YAMAHA SS YG DAH TERBALIK..DIA AMBIK MOTOR DAN SKALI START TERUS JALAN..DGR2 CERITA MAMAT TU DEMAM SEMINGGU PASTU..HAHA.. YG TU SATU KEJADIAN..BYK LG BENDA YG BERLAKU DI KAWASAN TU..KAWASAN TU SERING BERLAKU KEMALANGAN NGERI DAN MMG BIASANYA MANGSA JARANG SELAMAT..MUNGKIN SEBAB CUAI ATAU PUN MMG ADA GANGGUAN YG MENYEBABKAN TERJADINYA KEMALANGAN2 ITU.. SEKARANG JALAN DI KAWASAN TU DAN DI BESARKAN..DAN STILL LG BERLAKU KEMALANGAN YG MERAGUT NYAWA..WALLAHUALAM..

Club Kisah Seram : Jelmaan Pocong.

Kes ni terjadi ketika Lin berumur antara 9 – 10 tahun. Masa tu hot tentang cerita ada kereta eksiden depan simpang rumah Lin. Teruk jugalah kereta tu remuk dan mayat ditemui dengan keadaan mengerikan dan mengalami pendarahan yang banyak kerana telinganya hilang. (ni bukan bohong tau! Sekali lagi diingatkan, BUKAN BOHONG!!!!) K, kita sambung.. Yang buat cerita tu hot sebab mayat yang ditemui di tempat kejadian, bangkit dan mengganggu penduduk kampung. Ada yang kata jelmaannya menjadi hantu pocong. Kalau orang Labuan panggil Tutut. Arwah abah Lin pernah alami juga. 

Pagi tu, kira-kira subuhlah juga. Arwah abah rasa nak pergi tandas tapi dia terdengar bunyi “Tut.. Tut.. Tut..” Kata orang tua-tua kalau bunyi dia jauh, benda tu dekat dengan kita. Tapi kalau bunyi dia dekat, benda tu jauh ngan kita. Arwah abah Lin dengar bunyinya jauh, sekali abah selak langsir jendela bilik, aiseimen.. Tingginya loncatan. Sekelip mata hilang! 

Betul Lin tak tipu.. Lepas tu, esok pagi heboh bila rumah jiran Lin kat sebelah rumah kami kena ketuk. Jiran bangun, ingat kami perlu bantuan sebab suara benda tu merayu rayu minta tolong. Jiran selak daun pintu, aiseimen.. dia minta tolong cari telinga dialah. Meremang bulu dengar.

Club Kisah Seram : Kaki saya dipegang hantu.

Ini adalah kisah benar saya, yang berlaku pada tahun 1994 lokasi depan perkuburan kristian saint theresa Tambunan. Keadaan jalan raya waktu itu sangat gelap sebab belum dipasang lampu-lampu jalanraya lagi. Ingatan saya masih segar bila mengingatkan peristiwa itu dimana saya dan sepupu saya Wendy yang paling lewat pulang sebab nak tutup lampu dan nak kunci dewan.Waktu itu Kami sedang belajar "Tea Kwan Do" di dewan itu.Kami pulang ni pun selalu kelam kabut berlari-lari sebab waktu dah nak gelap masuk waktu maghrib.Kawan-kawan kami yang lain sudah meninggalkan kami.Saya waktu tu tak ada bawa lampu suluh, apabila sampai di kawasan bambu yang gelap itu di tepi jalanraya. Tiba-tiba saya terasa ada benda ganjil terasa seperti tangan mencengkam kaki kiri saya secara mengejut. Dalam fikiran saya terus terlintas mungkin ini ular sawa.Saya tak pandang belakang lagi, lagi pun keadaan sangat gelap.

Saya rasa betul kaki saya kena pegang,ini bukan khayalan atau mimpi, rasa macam bukan tangan tapi ranting2 bambu yang hidup. Dalam keadaan terkejut itu saya sempat jugalah melepaskan kaki saya dan bergerak cepat meninggalkan tempat itu.Sepupu saya sebenarnya tak tahu apa yang berlaku tapi saya sempat juga bercakap supaya dia berlari cepat. Takut kami kena tarik masuk dalam bambu tu pula.kami pun berlari sekuat hati dan melintas perkuburan muslim yang kedua pula dekat Jabatan Telekom itu.Dalam fikiran saya waktu itu terbayang alam bunian,hantu dan juga ular besar. Kaki saya terasa sakit masa berlari ketakutan. Akhirnya kami sampai juga dirumah masing-masing dengan selamat. Saya lihat kaki kiri saya tak ada juga kesan luka, yang ada hanya kesan lebam kebirua-biruan. Kalau kena gigit ular sawa tentu ada kesan gigitan. Selepas beberapa waktu saya pergilah jumpa seorang bomoh di kampung saya untuk meminta rawatan sebab saya rasa badan saya lain sakitnya. Bomoh tu pun cakap saya kena pegang hantu. Saya taklah terkejut apabila diberitahu. Saya pun dah agak,saya teringat kembali kejadian kaki saya yang kena pegang hantu hari tu. Saya tak ada pun cerita pada bomoh tu yang kaki saya kena pegang hantu. Selepas ditilik barulah saya ceritakan hal yang sebenarnya.Dan tempat tu memang seram dan berpenunggu...terutamanya di waktu malam.

Club Kisah Seram : Dijemput Hantu.

Salam sejahtera saya ucapkan. Saya ingin berkongsi satu cerita yang pernah saya dengar dari ibu saya. Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Malaysia pada tahun 1960an semasa ibu saya masih remaja. Ini adalah cerita benar dan sama sekali bukan sebuah rekaan.

Kejadian ini berlaku pada salah seorang saudara ibu saya. Namanya Nek Siti. Nek Siti adalah seorang penjual Nasi Lemak di salah sebuah sekolah di kampung itu. Tiap-tiap hari Nek Siti akan menemani anak menantunya yang baru melahirkan. Jarak rumah Nek Siti dan rumah menantunya lebih kurang 500 meter. Jadi, tiap-tiap hari sebelum Maghrib, Nek Siti akan ke rumah menantunya untuk menjaga anak yang baru lahir. Pada suatu hari, sebelum Nek Siti keluar untuk pergi ke rumah anak menantunya, dia berpesan pada suaminya, Tok Daud. Katanya "Bang jangan lupa nanti ambil saya pukul 5 pagi". Selepas berpesan, Nek Siti pun menuju ke rumah anak menantunya. Pada malam itu sedang semuanya sedang tidur, kedengaran suara Tok Daud memanggil Nek Siti. "Ti oh Ti, Ti!" terdengar suara Tok Daud. Anak menantunya yang terdengar suara itu mengejutkan Nek Siti yang sedang nyenyak tidur. "Mak oh Mak, Wak dah datang tu. Oh Mak, bangun" kata anak menantunya.

Nek Siti pun bangun. Tanpa memandang ke arah jam dinding, Nek Siti pun mencapai selendangnya dan membuka pintu rumah. Ternampak seorang lelaki yang saling tak tumpah seperti Tok Daud berdiri agak jauh dari pintu rumah itu. Nek Siti pun berjalan mengikut lelaki yang disangkakan Tok Daud.
Yang peliknya, kali ini Tok Daud berjalan jauh mendahului Nek Siti tanpa berkata-kata. Dia ada memegang lampu suluh yang agak kecil. Nek Siti yang sudah agak tua tercungap-cungap cuba berjalan sepantas Tok Daud. "Bang, oi Bang, tunggu. Kenapa jalan cepat sangat ?" tanya Nek Siti.
Tiba-tiba lelaki yang berjalan di hadapan Nek Siti itu lenyap dari pandangan Nek Siti. Alangkah terperanjatnya Nek Siti. Nek Siti menjadi takut dan kakinya menggeletar. Dia pun menguatkan dirinya dan berjalan pulang ke rumahnya yang berdekatan dengan tempat kejadian. Nek Siti mengetuk pintu sekuat yang dia mampu dan berteriak memanggil suaminya Tok Daud yang rupa-rupanya sedang nyenyak tidur di dalam rumah. Rupa-rupanya jam baru pukul 3 lebih pagi dan lelaki yang menjemput Nek Siti itu bukanlah Tok Daud. Khabarnya, Nek Siti terus demam dan tidak dapat berniaga di sekolah selama beberapa hari. 

Friday 5 April 2013

Club Kisah Seram : Gangguan Di Dusun Durian.

Ada sebuah dusun durian yang dikongsikan oleh beberapa buah rumah panjang, yang dipanggil ‘dusun kongsi’ (merupakan dusun yang dahulunya ditanam oleh datuk nenek moyang dan tidak diketahui pemilik sahih, oleh itu ianya diisytiharkan perkongsian beberapa keluarga yang berasal dari keturunan yang sama). Dusun itu terletak betul-betul di kaki Bukit Begunan. Sejarah Bukit Begunan memang cukup dikenali oleh penduduk Sri Aman khasnya, kerana setiap tahun, AKAN ADA terjadinya kemalangan yang meragut nyawa manusia. Dikatakan kawasan itu menuntut darah manusia setiap tahun.

Kebetulan pada masa cerita ini berlaku, waktu itu tengah musim durian. Jadi, saya dan beberapa penduduk kampung yang lain, lebih kurang enam orang kesemuanya, bersiap-sedia untuk bermalam di dusun tersebut untuk memungut buah durian yang sudah masak untuk dijual. Di sini, kalau musim durian, memang laku. Kadang-kadang dapat keuntungan hingga ratusan ringgit sehari. Kami berenam, empat daripada kami agak muda, ditemani oleh dua orang lelaki yang agak berusia, setelah sampai di dusun tersebut, mula membersihkan ‘langkau’ (pondok) yang memang telah lama berada di situ. Kami mula membersihkan ‘langkau’ tersebut yang akan dijadikan tempat kami bermalam. Masing-masing mula menjalankan tugas sendiri. Ada yang mencari kayu api, ada yang menyediakan tempat memasak, ada juga yang sudah mula mencari buah durian yang sudah jatuh.

Keseraman bermula apabila malam menjelma. Bayangkan kawasan hutan, yang jauh dari segala hiruk-pikuk, tiada bunyi kereta, tiada lampu jalan, hanya ditemani unggas dan juga cengkerik dan segala jenis bunyi di malam hari. Kami berterusan bercerita antara satu sama lain. Seorang lelaki yang agak berumur, saya panggil dia Pak Jubang (bukan nama sebenar), tidak menyertai perbualan kami. Dia hanya berbaring di satu sudut, berbantalkan lengan. Sikap azali beliau memang begitu, tidak berapa campur dengan budak-budak muda, mungkin kerana usianya yang agak tua sedikit. Sedang kami berlima tengah rancak berbual, tiba-tiba kami terdengar bunyi semak seperti digoncang, seolah-olah seperti ada sesuatu yang sedang bergerak. Kami terdiam, ingin mengetahui apakah benda tersebut. Kemudian terdengar lagi bunyi seperti orang sedang berjalan, seperti menyeret kaki di sekitar ‘langkau’ kami. Bunyinya begitu nyata sekali kerana di kawasan‘langkau’ tersebut dipenuhi dengan daun-daun yang kering.

“Skreeeeeepppp skkreeeeeettttt skkreeeeeeeppp”, agak-agak begitulah bunyinya.

‘Langkau’ kami, diperbuat daripada kayu, berdindingkan dan beratapkan daun nipah, hanya berlantaikan kayu. Lampu kami pada malam itu hanya lampu minyak tanah. Kedengaran lagi bunyi kaki diseret dan kali ini ditambah pula seperti seolah-olah ada benda meletakkan tangannya di dinding ‘langkau’ kami dan menyeret dari hujung ke hujung. Tiada siapa yang berani keluar pada masa itu. Kami hanya berpandangan antara satu sama lain. Tiba-tiba,

“Taaaammmmmmmmm!!!!!!”

Lantai kayu kami dipukul dari bawah. Kami semua terkejut! Masalahnya, ‘langkau’ tersebut dibuat bertiang, tetapi ruang di antara lantai papan kami dengan tanah tidak sampai pun satu meter, macamana boleh ada sesuatu masuk ke bawah dan memukulnya sekuat hati hingga hampir tercabut papan tersebut? Kami mula panik. Langsung saling berpandangan (nasib tidak berpelukan). Tiang ‘langkau’ kami kemudiannya seperti digoncang dari luar. Kami semakin ketakutan. Orang tua yang sedang berbaring tadi, setelah mendengar bunyi lantai dipukul, turut terbangun. Pada masa itu beliau bersuara sambil menggosokkan mata,

“Nama utai nya? (Apa benda tu)” kata beliau.

Kemudian beliau memerhatikan kami, dan saat itu juga beliau seolah-olah tahu apakah yang sedang terjadi. Kemudian beliau bingkas bangun dan mencapai parangnya seraya berkata,

“Heeiiisshhh… Ngacau mai utai tok (kacau betul lah benda ni)”.

Beliau kemudian terus keluar dari ‘langkau’, kedengaran seperti beliau sedang membaca sesuatu dan terus meletakkan parang beliau ke atas tanah betul-betul di depan pintu. Kemudian, dengan selambanya beliau naik semula ke atas, dan menghidupkan api rokoknya. Serentak dengan perbuatannya sebentar tadi, gangguan tersebut terus hilang. Berhenti seolah-olah api yang disiram air.

Kami mulai tenang, dan kami berlima mula bertanya dengan beliau, apakah benda yang mengganggu kami. Beliau menjawab, itu adalah ‘hantu koklir’, atau ‘kulir’, yang memang suka mengganggu manusia. Mungkin hantu ‘kulir’ ini adalah Pontianak dalam versi Iban.

Club Kisah Seram : Menempah Bilik

Menurut majalah tersebut,pada hari kejadian..gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat menaiki sebuah markrobas ( Bas Mini ) untuk menuju ke satu destinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Didalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya, "Wahai pemudi,alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.

Club Kisah Seram - Teksi

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami. Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok. Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan. Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja. 
Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami. Sempat jugak saya bertanya, "Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya. Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat. Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami. Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya. 


Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain. Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali. Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi. Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangan nya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam. Alangkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.